Conference

Konvensyen Antarabangsa Diaspora Bugis



Menyelami kekalisan warisan disebalik penyebaran keturunan

25 hingga 27 November 2011

*[UPDATE] PROGRAM HANYA AKAN BERJALAN DARI 25 HINGGA 26 NOVEMBER SAHAJA

Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

 Johor Bahru, Johor. Malaysia

KALAM dengan sukacitanya ingin menjemput  semua pakar, pihak akademik, professional, organisasi dan individu dari pelbagai bidang untuk bersama-sama berkumpul di Konvensyen Antarabangsa Diaspora Bugis untuk perbincangan, perkongsian dan perdebatan tentang ‘Bugis’.

Bugis merupakan salah satu etnik yang amat berpengaruh dalam dunia Melayu. Etnik ini telahpun tersebar diseluruh rantau Melayu dan kepulauan Pasifik sejak abad ke 15.

 The significance of Bugis Heritage would be their extraordinary ability to survive through the centuries amidst its geographical fragmentation and adapt to diversified local socio culture (Ammarell, 2002)

 Keistimewaan keturunan Bugis mungkin adalah daya ketahanan yang tinggi untuk kekal wujud setelah berabad-abad walaupun berlaku perpecahan dari segi geografi dan juga penyesuaian kepada sosiobudaya kawasan tempatan (Ammarell 2002).

Bugis migrants assimilated with existing locals’ elites in their adopted homes, which led to social revolution in Malay proto-states hierarchy of major kingdoms around South East Asian and Asia Pacific islands countries (Caldwell, 1995).

Orang Bugis yang behijrah telah membina hubungan dengan golongan elit di kawasan penempatan mereka dan perkara ini membawa revolusi sosial dalam hirarki negeri-negeri Melayu terawal dalam kerajaan-kerajaan berpengaruh di serata Asia Tenggara dan Kepulauan Asia Pasifik(Caldwell 1995)

Hari ini, warisan Bugis telah berakar umbi dalam politik, struktur sosial (masyarakat), tradisi, budaya, dialek, cara hidup, susunatur penempatan dan senibina. Konvensyen ini akan membawa persoalan tentang keteguhan keturunan Bugis walaupun mereka telah berpecah dari segi fizikal sejak berabad-abad dahulu.

Siapa yang harus pergi?

Akademia, pakar sejarah, ahli antropologi, penyelidik tentang etnografi, bahasa, sastera, etimologi, kajian Asian, agama, geografi, perbandaran, seni bina dan juga seni. Orang umum dan sesiapa sahaja terutamanya yang berketurunan Bugis adalah sangat dialu-alukan untuk menghadiri konvensyen ini dan berkongsi tentang salahsilah/susur galur keturunan anda.

Memandangkan perkaitan antara aliran yang dapat membincangkan tentang keturunan Bugis adalah kompleks, konvensyen ini mengklasifikasikan kesemua aliran kepada tiga bidang fokus:

::Sejarah              ::Budaya              ::Senibina

Panggilan untuk pembentangan

  • Konvensyen ini akan dijalankan dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pembentang diminta untuk menggunakan salah satu daripada bahasa berikut.
  • Abstrak mestilah tidak melebihi 300 patah perkataan dan perlu dihantar dalam format Microsoft Word, dengan fon ‘Arial’ bersaiz 11 dan tajuk bersaiz 14 dan ‘BOLD; dengan huruf besar.
  • Hantarkan abstrak anda kepada utmkalam@gmail.com
  • Sertakan NAMA, ALAMAT SURAT-MENYURAT,NOMBOR TELEFON dan EMAIL

 

Tarikh tutup penyerahan bahan

Abstrak/Sinopsis : 31 Julai 2011  10 SEPTEMBER 2011

Pembentangan lengkap: 30 September 2011

Tarikh yang ditetapkan adalah muktamad. Ini untuk memastikan kelancaran penyusunan pembentangan semasa program dijalankan

MAKLUMAT & BORANG PENYERTAAN DI [SINI]

About KALAM@UTM.MY

CENTER FOR THE STUDY OF BUILT ENVIRONMENT IN THE MALAY WORLD (KALAM) The Centre was set up in June 1996 on the foundation of numerous intricate measured drawing works done by the students of the Department of Architecture out of concern for the rapid disintegration and elimination of Malaysia 's architectural heritage. With the accumulation of these works since 1975 (over 350 buildings documented), the research towards the identification, classification and analysis of the architectural heritage was established through undergraduate and post-graduate studies.

Discussion

2 thoughts on “Konvensyen Antarabangsa Diaspora Bugis

  1. salam…

    sy skrg nie trlibat dlm kesenian bugis especially tarian, seni bela diri, bahasa bugis, dll… jika tuan prlukn khidmat sy.. just let me know ok. skurang2nya dpt support dn memeriahkn lg program diaspora bugis 2 nti.

    Posted by romazi | July 11, 2011, 10:03 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Selamat Datang ke KALAM wordpress!

Blog rasmi Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM) ini akan memaparkan aktiviti, perbincangan dan promosi dari masa ke semasa.

Jangan lupa untuk menyertai konvensyen dan pertandingan yang akan kami anjurkan!

hubungi kami melalui
emel: utmkalam@gmail.com
no.tel: 07-5530511

KALAM @ Facebook

%d bloggers like this: